GALERI GAMBAR

GALERI GAMBAR

26 November 2014

KEPUTUSAN UPSR 2014


Seramai 44 orang calon telah menduduki Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. 4 orang telah berjaya dengan cemerlang mendapat 5A dan 4 orang mendapat 4A 1B.  

Murid yang mendapat 5A:
1. Nor Nabila Atiqah binti Zulkiflee
2. Nur Nadia Adha binti Md Fauzi
3. Nurul Aisyah binti Abdul Rahman
5. Tuan Mohd Fariz Irfan bin Tuan Min

Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus aamengajar dan mendidik mereka. Tahniah kepada ibu bapa semua. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa. Usaha lagi, pasti kejayaan anda di masa hadapan.

25 November 2014

DEBAR UPSR 2014


26 November 2014 merupakan tarikh pengumuman keputusan UPSR 2014. Pastinya calon-calon UPSR serta para ibu bapa sekalian berdebar menantikan keputusannya esok. Tidak ketinggalan juga para guru yang telah bertungkus-lumus mengajar anak-anak didiknya selama lebih lapan bulan sebelum ujian berlangsung. Pastinya juga esok semua sekolah akan dibanjiri dengan murid-murid bersama ibu bapa masing-masing untuk mengambil dan menerima slip UPSR. Semoga murid-murid SK Telaga Ara beroleh kejayaan cemerlang.  Insya Allah.

Selamat datang ke SK Telaga Ara...

13 November 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURÀN


Setiap penghujung tahun, banyak program yang dilaksanakan. Hari ni 13 November 2014, diadàkan Majlis Khatam Al-Quran. Julung-julung kalinya majlis sebegini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak. Daripàda pihak pentadbir, guru-guru dan semua staf SKTA.

Majlis Khatam Al Quran  merupakan suatu program bagi memberi pengiktirafan kepada murid– murid yang telah berjaya menamatkan bacaan  Al – Quran. Majlis ini juga dapat mewujudkan suasana kesyukuran dan keberkatan dengan membaca ayat – ayat suci dengan penuh keikhlasan. 

Majlis ini juga dapat mewujudkan suasana Ukhuwah Islamiah serta mengeratkan silaturrahim diantara guru dengan murid, murid sesama murid. Dalam program ini juga pihak guru dapat mendidik murid – murid untuk  sentiasa melakukan ibadah dengan penuh ikhlas tanpa paksaan. 

BACHOK JUARA


Bachok - Pasukan bola sepak bawah 11 tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah Bachok (MSSD) Bachok berjaya menjadi juara dengan mengalahkan pasukan daerah lain dalam ejohanan peringkat negeri Kelantan pada 9 November lepas.


12 October 2014

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSK

BACHOK, 11 Oktober 2014. Kejohanan bola sepak MSSK telah di adakan ditiga tempat iaitu di SK Kandis, SK Jelawat 2 dan SK Alor Bakat.

Perlawanan bola sepak bermula di ketiga-tiga gelanggang secara serentak iaitu bermula pukul 8.00 pagi. Di gelanggang Sk Jelawat 2 pasukan tuan rumah telah kecundang apabila kalah kepada pasukan Kota Bharu Selatan 3-1 dan Jeli 4-3. Menurut Jurulatih pasukan MSSK, Bachok kecundang awal kerana mutu pengadilan terlalu lemah.

Pada hari ke-2, perlawanan melibatkan pasukan yang layak ke suku akhir manakala pasukan ke separuh akhir pada hari ke -3. Dalam perlawanan separuh akhir di padang Sk jelawat 2 pasukan MSSK b-12 Tumpat telah mengalahkan Pasukan MSSK Kota Bharu Selatan 2-0, manakala di padang SK Alor Bakat pasukan MSSK Kota Bharu Utara telah menang  2-1 ke atas pasukan MSSK b-12 Pasir Mas.

Dalam perlawanan akhir antara MSSK Tumpat dengan MSSK Pasir Mas, perlawanan berlangsung begitu sengit sekali, yang mana kedua-dua pasukan sering menyerang di antara satu sama lain. Dalam perlawanam akhir ini, MSSK Kota Baharu telah menjadi johan dengam mengalahkan MSSK Tumpat dengan 2-1. 

Tuan Hj Faizol Yusof Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Bachok telah menyampaikan medel kepada kedua-dua pasukan.


02 October 2014

JAGUH BOLA SEPAK SKTA

Pasukan bola sepak SKTA telah mendapat johan bawah 12 tahun MSSD Bachok. 4 orang murid terpilih untuk mewakili MSSK. Tahniah kepada pengurus pasukan En Rusdin bin Jusoh serta semua pihak yang terlibat. 


27 September 2014

WAKIL TAKRAW NEGERI KELANTAN



LAPORAN PENCAPAIAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW SK TELAGA ARA 2014

1. Pertandingan Peringkat  Zonpen 4
    - Johan
    - Peserta ( Mohd Amirullah b Mat Nor)
                   ( Che Mohd Shaifuddin b Rosli)
                   ( Mohd Ikram b Samsul Bahari)

2. Pertandingan Peringkat MSSD Bachok
    - Johan

3. Pertandingan Peringkat MSSK
    - Tempat Keempat
    - Wakil negeri Kelantan ( Mohd Amirullah b Mat Nor)

07 August 2014

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2014

Alhamdulillah, dua program dapat dijalankan serentak hari ini dengan jayamya. Iaitu Majlis Perasmian Penutup Ihya' Ramadhan dan Majlis Sambutan Hari Raya 2014. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan kedua-dua program ni.




24 July 2014

IFTAR JAMA'I WARGA SKTA


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, 2014 merupakan tahun kecemerlangan bagi wara SKTA. Banyak program telah dilaksanakan. Terutamanya sepanjang bulan Ramadhan. Dengan kerjasama semua pihak, daripada para pentadbir, guru-guru dan juga pekerja sekolah, maka majlis berbuka puasa dapat dilaksanakan. 

Seluruh warga SKTA bersama keluarga masing-masing berbuka bersama. Ahli keluarga dapat mengenali antara satu sama lain. Selain itu juga ianya dapat menjalinkan silaturrahim sesama keluarga.


20 July 2014

PRA PERCUBAAN UPSR


Seramai 44 orang calon UPSR SKTA sedang menduduki ujian Pra Percubaan UPSR 2014. Tujuan ujian pra ini diadakan untuk mengesan prestasi calon sebelum menduduki ujian sebenar pada 9 -11 September 2014. Target pencapaian 5A pada tahun ini ialah seramai 10 orang. 

TAZKIRAH RAMADHAN


Penyelaras Tazkirah Ramadhan ialah Ustaz Mohamad Hasmizi bin Abdul Aziz. Aktiviti ini diadakan pada setiap perhimpunan mingguan (Ahad), dan juga pada perhimpunan harian (Rabu). Tazkirah disampaikan secara bergilir-gilir oleh semua Guru Pendidikan Islam (GPI) dan jQAF.

17 July 2014

TADARRUS AL-QURAN


Tadarrus al-Quran bermula pada awal Ramadhan lagi. Semua murid terlibat. Murid yang telah khatam al-Quran dipilih untuk bertadarrus. Manakala murid lain turut sama berada di tempat yang telah ditetapkan. Semua murid tahap 1 akan membaca juzuk 30 mengikut bacaan guru (ustazah) yang bertugas. Murid-murid ini ditempatkan di kabin (surau KAFA). Guru yang bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua panitia pendidikan Islam.

Manakala murid tahap 2 diasingkan. Murid lelaki ditempatkan di surau dan murid perempuan ditempatkan di bilik jQAF. 

29 June 2014

JAGUH TAKRAW SKTA


Tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SK Telaga Ara kerana menjadi jaguh takraw dalam PPD Bachok.

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Zon Pendidikan 4:-
Regu A  : Tempat Ketiga
Regu B  : Johan ( berjaya ke peringkat MSSD)

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat MSSD Bachok:-
Regu B  : Johan

26 June 2014

PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2014

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Allah swt mengurniakan pahala berlipat kali ganda bagi mereka yang melakukan ibadat pada bulan ini. Menyedari hakikat itulah, Panitia Pendidikan Islam merancang pelbagai aktiviti bagi menghidupkan Ramadhan tahun ini.

1. Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan
    Penyelaras : Us Mohamad Noor Hasmizi b Abdul Aziz

2. Tazkirah, Doa, Bacaan Ayat Al-Quran & Fadhilat Ramadhan
    Penyelaras : Us Mohamad Noor Hasmizi b Abdul Aziz

3. Tadarrus Al-Quran
    Penyelaras : Ustzah Mek Zainab bt Meli

4. Buletin Ramadhan
    Penyelaras : Ustazah Cik Fairosnita bt Ibrahim

5. Pertandingan Hafazan
    Penyelaras : Ustazah Asma Farhanah bt Abdul Aziz

6. Majlis Berbuka Puasa
    Penyelaras : Ustazah Harizan bt Mohamed Nor

7. Majlis Khatam Al-Quran
    Penyelaras : Ustazah Hamiza Robi bt Salleh

8. Majlis Hari Raya dan Penutup Bulan Ibadah
    Penyelaras : Us Mohamad Noor Hasmizi b Abdul Aziz

Semoga apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan izinNya. Insya Allah

23 June 2014

MAJLIS BACAAN YASIN KHAS



En Abdul Rahman bin Hassan, Guru Besar SK Telaga Ara sedang menjalani rawatan pembedahan mata di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Kami warga SKTA mengadakan majlis bacaan Yasin khas bagi mendoakan acara pembedahan berjalan lancar. Amin...

ÈXÀM / PPT 2014


Sedar tak sedar dah masuk penggal kedua sesi persekolahan 2014. Bermula pada 23 Jun 2014, seluruh warga sekolah sibuk dengan musim peperiksaan penggal satu. Begitu juga dengan guru-guru dan warga SKTA. Selamat menduduki Peperiksaan Pertengan Tahun kepada semua murid SKTA. Seterusnya selamat menanda kertas pada warga guru. 

Murid-murid hadir ke sekolah diiringi doa dan harapan ibu bapa agar anak-anak beroleh kejayaan cemerlang. Begitu juga doa dan harapan para guru terhadap anak didik mereka. Berbekalkan kesungguhan guru dan murid serta doa ibu bapa, anak-anak didil SKTA akan beroleh kejayaan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Insya Allah...

18 June 2014

KUMPULAN PERANCANG SEKOLAH


MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG SEKOLAH

Tarikh : 18 Jun 2014
Hari     : Rabu
Masa    : 10.00 pagi
Tempat: Bilik PIBG

Agenda 1 Program Rehat Minda

Program yang telah dirancang untuk calon UPSR. Program Rehat Minda dicadangkan akan dijalankan pada bulan Ogos nanti. Iaitu sebulan sebelum UPSR berlangsung. Tujuannya untuk merehatkan minda mereka sebelum menduduki UPSR pada bulan September nanti. Selepas mereka sekian lama memerah minda mereka di sekolah. Insya Allah, program ini akan dijalankan di Cameron Highland. Semua calon akan dibawa ke sana bersama guru-guru tahun 6. 

Agenda 2 Program Lawatan Selepas UPSR

Saban tahun selepas UPSR, murid-murid akan dibawa melawat sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik. Tahun lepas muri-murid dibawa melawat sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai Negeri Sembilan. Insya Allah, tahun ini jawatankuasa merancang untuk melawat ke Kuala Lumpur dan Melaka. Kos yang ditetapkan ialah RM250 seorang. Menurut penyelaras lawatan, anggaran kos ini telah diwar-warkan kepada para pelajar beberapa bulan yang lepas, supaya mereka yang berminat boelh mula membuat bayaran atau mula menabung. 


Agenda 3 Hari Keluarga SKTA

Agenda ketiga tidak dapat dibincangkan kerana guru penyelaras tidak dapat hadir bersama (berkursus).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.
(Adalah diharapkan, apa yang dibincangkan hari ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya Allah)

19 May 2014

PEMANTAUAN KAFA EDISI 2



SK Telaga Ara sekali lagi dikunjungi dan diziarahi. Kunjungan kali ini oleh pihak PPD Bachok dari Unit KAFA. Diketuai oleh Ustaz Idris bin Seman, Penyelia Pendidikan Islam PPD Bachok. Turut hadir bersama ialah 2 orang penyelia KAFA iaitu Pn Nurul Irma binti Mohd Yasim dan Cik Noor Wahidah binti Musa. Guru KAFA bersama GPI diberi taklimat lebih kurang setengah jam oleh Ustaz Idris Seman.

11 May 2014

PASUKAN BOLA JARING SKTA



Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah kerana menjadi JUARA peringkat zon. Tahniah juga kepada guru-guru dan juru latih yang telah bertungkus-lumus melatih ahli pasukan beberapa bulan sebelum perlawanan.

SELAMAT HARI IBU



Setiap hari adalah hari ibu. Ucaplah sayang dan kasih pada ibu setiap hari. Namun sambutan hari ibu secara umumnya disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Mei setiap tahun. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua yang bergelar ibu amnya, para ibu kepada anak-anak didik SK Telaga Ara, dan kepada warga guru-guru di SK Telaga Ara khasnya. Semoga para ibu sentiasa mendapat rahmat dari Allah. Dan, pengorbanan ibu-ibu dihargai semua pihak. Insha Allah... Begitulah sedikit sebanyak ucapan PKP dalam perhimpunan pagi tadi. Ianya sungguh rasa terkesan di hati, dan timbul idea untuk update dalam blog ini.

Kepada anak-anak, sentiasalah menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Pengorbanan ibu mengandung, melahirkan serta mendidik kita sehingga dewasa dan menjadi seorang yang berjaya. Besarnya pengorbanan ibu. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. "SELAMAT HARI IBU..."

09 May 2014

MUKHAYYAM PERDANA PPIM DAERAH BACHOK


Tiga orang ahli Puersatuan Puteri Islam SKTA telah dipilih untuk menyertai mukhayyam perdana tahun ini. Ketiga-tiganya dipilih dari kalangan murid tahun 6. Aativiti ini diadakan di Pantai Sri Telong Chalet, Bachok Kelantan. Mereka berada di sana selama tiga hari dua malam. 

    


08 May 2014

LDP ~ PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya LDP kali ini mengenai penambahbaikan dalam PBS yang lebih mesra guru. Taklimat disampaikan oleh PK Kokurikulum En Azihan bin Abdullah.


03 May 2014

ULAT BUKU PAGI SABTU


Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu yang ketiga PSS SK Telaga Ara beroperasi pada hari Sabtu. Pada setiap minggu hari Sabtu PSS akan dibuka dan bersedia menyambut kedatangan murid-murid bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Setakat ini sambutan begitu menggalakkan. Setiap pagi PSS dipenuhi dengan ulat-ulat buku. Namun, hari ini para pengunjung berkurangan. Tidak ramai murid yang hadir. Mungkin ramai ibu bapa bercuti sempena 1 Mei.


Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada jawatankuasa kerja PSS di atas penyediaan program yang baik ini. Tidak ketinggalan juga kepada ibu bapa yang prihatin dan sentiasa bersedia menghantar anak-anak untuk mengunjungi pusat sumber. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. 

30 April 2014

MINI PESTA BUKU SKTA


Alhamdulillah, sebagaimana yang dirancangkan, inilah satu lagi kejayaan program yang dibuat oleh jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah. Minggu lepas, GPM cuma membawa 46 orang daripada 270 orang murid SK Telaga Ara ke Pesta Buku Kelantan. Yang lain mungkin pergi bersama keluarga mereka. Dan selebihnya mungkin tidak sampai pun ke sana. Oleh itu, AJK PSS telah merancang untuk mengadakan jualan buku di sekolah untuk anak-anak ini. 



Target utama ialah untuk mempertingkatkan pencapaian NILAM. Yang keduanya menyahut seruan "1 Murid 1 Buku". Setidak-tidaknya pada waktu bacaan 10 minit pada setiap pagi Selasa murid-murid ada sebuah buku di tangan. Tercapailah objektif setiap program yang dirancangkan. Insya Allah...

24 April 2014

LAWATAN KE PESTA BUKU KELANTAN



Pesta Buku Kelantan datang lagi. Kali ni serentak pula dengan Pesta Buku Antarabangsa KL. Terasa kemeriahannya. SKTA tidak melepaskan peluang ini untuk membawa anak didik melihat kemeriahan pesta buku kali ini. Semuanya demi membenih dan menanam rasa cinta pada buku. "Buka buku buka dunia". SKTA ingin memberi peluang anak-anak didik untuk membuka dunia mereka dengan membaca.
 


Borong sakan cikgu? Berkotak-kotak buku yang cikgu beli. Mesti ada suatu yang "istimewa" nanti. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku minggu depan. Pasti hangat dan best!!!

linkwithin

...