GALERI GAMBAR

GALERI GAMBAR

29 June 2014

JAGUH TAKRAW SKTA


Tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SK Telaga Ara kerana menjadi jaguh takraw dalam PPD Bachok.

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Zon Pendidikan 4:-
Regu A  : Tempat Ketiga
Regu B  : Johan ( berjaya ke peringkat MSSD)

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat MSSD Bachok:-
Regu B  : Johan

26 June 2014

PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2014

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Allah swt mengurniakan pahala berlipat kali ganda bagi mereka yang melakukan ibadat pada bulan ini. Menyedari hakikat itulah, Panitia Pendidikan Islam merancang pelbagai aktiviti bagi menghidupkan Ramadhan tahun ini.

1. Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan
    Penyelaras : Us Mohamad Noor Hasmizi b Abdul Aziz

2. Tazkirah, Doa, Bacaan Ayat Al-Quran & Fadhilat Ramadhan
    Penyelaras : Us Mohamad Noor Hasmizi b Abdul Aziz

3. Tadarrus Al-Quran
    Penyelaras : Ustzah Mek Zainab bt Meli

4. Buletin Ramadhan
    Penyelaras : Ustazah Cik Fairosnita bt Ibrahim

5. Pertandingan Hafazan
    Penyelaras : Ustazah Asma Farhanah bt Abdul Aziz

6. Majlis Berbuka Puasa
    Penyelaras : Ustazah Harizan bt Mohamed Nor

7. Majlis Khatam Al-Quran
    Penyelaras : Ustazah Hamiza Robi bt Salleh

8. Majlis Hari Raya dan Penutup Bulan Ibadah
    Penyelaras : Us Mohamad Noor Hasmizi b Abdul Aziz

Semoga apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan izinNya. Insya Allah

23 June 2014

MAJLIS BACAAN YASIN KHAS



En Abdul Rahman bin Hassan, Guru Besar SK Telaga Ara sedang menjalani rawatan pembedahan mata di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Kami warga SKTA mengadakan majlis bacaan Yasin khas bagi mendoakan acara pembedahan berjalan lancar. Amin...

ÈXÀM / PPT 2014


Sedar tak sedar dah masuk penggal kedua sesi persekolahan 2014. Bermula pada 23 Jun 2014, seluruh warga sekolah sibuk dengan musim peperiksaan penggal satu. Begitu juga dengan guru-guru dan warga SKTA. Selamat menduduki Peperiksaan Pertengan Tahun kepada semua murid SKTA. Seterusnya selamat menanda kertas pada warga guru. 

Murid-murid hadir ke sekolah diiringi doa dan harapan ibu bapa agar anak-anak beroleh kejayaan cemerlang. Begitu juga doa dan harapan para guru terhadap anak didik mereka. Berbekalkan kesungguhan guru dan murid serta doa ibu bapa, anak-anak didil SKTA akan beroleh kejayaan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Insya Allah...

18 June 2014

KUMPULAN PERANCANG SEKOLAH


MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG SEKOLAH

Tarikh : 18 Jun 2014
Hari     : Rabu
Masa    : 10.00 pagi
Tempat: Bilik PIBG

Agenda 1 Program Rehat Minda

Program yang telah dirancang untuk calon UPSR. Program Rehat Minda dicadangkan akan dijalankan pada bulan Ogos nanti. Iaitu sebulan sebelum UPSR berlangsung. Tujuannya untuk merehatkan minda mereka sebelum menduduki UPSR pada bulan September nanti. Selepas mereka sekian lama memerah minda mereka di sekolah. Insya Allah, program ini akan dijalankan di Cameron Highland. Semua calon akan dibawa ke sana bersama guru-guru tahun 6. 

Agenda 2 Program Lawatan Selepas UPSR

Saban tahun selepas UPSR, murid-murid akan dibawa melawat sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik. Tahun lepas muri-murid dibawa melawat sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai Negeri Sembilan. Insya Allah, tahun ini jawatankuasa merancang untuk melawat ke Kuala Lumpur dan Melaka. Kos yang ditetapkan ialah RM250 seorang. Menurut penyelaras lawatan, anggaran kos ini telah diwar-warkan kepada para pelajar beberapa bulan yang lepas, supaya mereka yang berminat boelh mula membuat bayaran atau mula menabung. 


Agenda 3 Hari Keluarga SKTA

Agenda ketiga tidak dapat dibincangkan kerana guru penyelaras tidak dapat hadir bersama (berkursus).

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.
(Adalah diharapkan, apa yang dibincangkan hari ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya Allah)

linkwithin

...