BACHOK, 11 Oktober 2014.
Kejohanan bola sepak MSSK telah di adakan ditiga tempat iaitu di SK Kandis, SK Jelawat 2 dan SK Alor Bakat.
Perlawanan bola sepak bermula di ketiga-tiga gelanggang secara serentak iaitu bermula pukul 8.00 pagi. Di gelanggang Sk
Jelawat 2 pasukan tuan rumah telah kecundang apabila kalah kepada pasukan Kota
Bharu Selatan 3-1 dan Jeli 4-3. Menurut Jurulatih pasukan MSSK, Bachok kecundang
awal kerana mutu pengadilan terlalu lemah.
Pada hari ke-2, perlawanan
melibatkan pasukan yang layak ke suku akhir manakala pasukan ke separuh akhir
pada hari ke -3. Dalam perlawanan separuh akhir di padang Sk jelawat 2 pasukan
MSSK b-12 Tumpat telah mengalahkan Pasukan MSSK Kota Bharu Selatan 2-0, manakala
di padang SK Alor Bakat pasukan MSSK Kota Bharu Utara telah menang 2-1 ke atas pasukan MSSK b-12 Pasir Mas.
Dalam perlawanan akhir antara
MSSK Tumpat dengan MSSK Pasir Mas, perlawanan berlangsung begitu sengit sekali,
yang mana kedua-dua pasukan sering menyerang di antara satu sama lain. Dalam
perlawanam akhir ini, MSSK Kota Baharu telah menjadi johan dengam mengalahkan
MSSK Tumpat dengan 2-1.
Tuan Hj Faizol Yusof Ketua Pegawai Pelajaran Daerah
Bachok telah menyampaikan medel kepada kedua-dua pasukan.
No comments:
Post a Comment