GALERI GAMBAR

GALERI GAMBAR

19 May 2014

PEMANTAUAN KAFA EDISI 2



SK Telaga Ara sekali lagi dikunjungi dan diziarahi. Kunjungan kali ini oleh pihak PPD Bachok dari Unit KAFA. Diketuai oleh Ustaz Idris bin Seman, Penyelia Pendidikan Islam PPD Bachok. Turut hadir bersama ialah 2 orang penyelia KAFA iaitu Pn Nurul Irma binti Mohd Yasim dan Cik Noor Wahidah binti Musa. Guru KAFA bersama GPI diberi taklimat lebih kurang setengah jam oleh Ustaz Idris Seman.

11 May 2014

PASUKAN BOLA JARING SKTA



Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah kerana menjadi JUARA peringkat zon. Tahniah juga kepada guru-guru dan juru latih yang telah bertungkus-lumus melatih ahli pasukan beberapa bulan sebelum perlawanan.

SELAMAT HARI IBU



Setiap hari adalah hari ibu. Ucaplah sayang dan kasih pada ibu setiap hari. Namun sambutan hari ibu secara umumnya disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Mei setiap tahun. Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua yang bergelar ibu amnya, para ibu kepada anak-anak didik SK Telaga Ara, dan kepada warga guru-guru di SK Telaga Ara khasnya. Semoga para ibu sentiasa mendapat rahmat dari Allah. Dan, pengorbanan ibu-ibu dihargai semua pihak. Insha Allah... Begitulah sedikit sebanyak ucapan PKP dalam perhimpunan pagi tadi. Ianya sungguh rasa terkesan di hati, dan timbul idea untuk update dalam blog ini.

Kepada anak-anak, sentiasalah menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Pengorbanan ibu mengandung, melahirkan serta mendidik kita sehingga dewasa dan menjadi seorang yang berjaya. Besarnya pengorbanan ibu. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. "SELAMAT HARI IBU..."

09 May 2014

MUKHAYYAM PERDANA PPIM DAERAH BACHOK


Tiga orang ahli Puersatuan Puteri Islam SKTA telah dipilih untuk menyertai mukhayyam perdana tahun ini. Ketiga-tiganya dipilih dari kalangan murid tahun 6. Aativiti ini diadakan di Pantai Sri Telong Chalet, Bachok Kelantan. Mereka berada di sana selama tiga hari dua malam. 

    


08 May 2014

LDP ~ PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatannya LDP kali ini mengenai penambahbaikan dalam PBS yang lebih mesra guru. Taklimat disampaikan oleh PK Kokurikulum En Azihan bin Abdullah.


03 May 2014

ULAT BUKU PAGI SABTU


Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu yang ketiga PSS SK Telaga Ara beroperasi pada hari Sabtu. Pada setiap minggu hari Sabtu PSS akan dibuka dan bersedia menyambut kedatangan murid-murid bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Setakat ini sambutan begitu menggalakkan. Setiap pagi PSS dipenuhi dengan ulat-ulat buku. Namun, hari ini para pengunjung berkurangan. Tidak ramai murid yang hadir. Mungkin ramai ibu bapa bercuti sempena 1 Mei.


Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada jawatankuasa kerja PSS di atas penyediaan program yang baik ini. Tidak ketinggalan juga kepada ibu bapa yang prihatin dan sentiasa bersedia menghantar anak-anak untuk mengunjungi pusat sumber. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. 

linkwithin

...